Ya Allah... Sesungguhnya, engkaulah Tuhan yang berkuasa menggerak kan hati hambaMu... Aku sedang bersedih Ya Allah.. Hatiku sedang berduka akan sesuatu yang aku tak tahu apakah punca dan asbabnya..
Aku dalam derita Ya Allah.. Aku dalam dilemma.. Walau dalam derita aku panjatkan rasa syukur ku kepadaMu Ya Allah.. Masih ada ruang utk aku melontarkan senyuman.. Bergelak ketawa.. Walau hati dalam keperitan..menjelang malam, hati kembali sayu.. Titisan air mata membasahi pipi seolah olah esok aku akan pergi..meninggalkan dunia yang kau pinjamkan buatku Ya Allah... Dunia yang fana.. Penuh dengan kepalsuan... Aku hilang arah Ya Allah.. Aku ingin mencariMu.. Tapi dalam masa yang sama.. Aku merasakan diriku amat berdosa... Kadang kala aku merasakan seribu penyesalan, kerana bahagia yang aku fikir berpanjangan ini akan bawa aku lebih dekat dengan Mu.. Namun.. Sekarang aku merasakan akibat daripada lalai bahagia duniaku.. Aku jauh dariMu.. Aku derita kerana mencintai dunia yang aku fikir akan bawa aku kepadaMu.. Namun akhirnya.. Aku kalah dengan nafsu dan pujuk rayu syaitan... Ya Allah.. Bantu lah aku... Aku mohon segala bantuan daripada Mu Ya Allah..sesungguhnya aku tiada daya dan upaya Ya Allah... Kasihani lah aku wahai Tuhan yang Maha Mengasihani... Ampuni lah aku.. wahai Tuhan yang Maha Mengampuni... Hati ini milikMu sepenuhnya wahai Allah..
Sunday, October 7, 2018
Wahai Hati
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment